♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Monday, June 20, 2011

Aku bersyukur atas kehadirannya...

Semalam, umie jalan2 lagi dengan babah.

Lepas, babah balik surau untuk solat Zohor, umie ajak babah makan. Selesai makan, kami pun keluar.

Mula2, babah singgah pasaraya Econsave beli beras dan air bateri tapi umi ternampak ada offer bawang merah dan kentang. Babah beli seguni bawang merah dan seguni kentang.Babah tahu umie suka makan kentang. Kentang RM4.99 seguni. Bawang pula RM4.50 seguni.

Kemudian, babah teruskan perjalanan ke Pasir Gudang menghantar susu kambing perisa coklat dan original (960ml) yang customer order. Dipertengahan jalan, babah berhenti kejap di ladang kambing En. Osman beli susu lagi 5 botol. Itu pun sebab customer ke-2 dan ke-3 yang order. Sepanjang perjalanan, biasa saja. Cuma kadang, jalan penuh sebab ada kereta yang bawa slow di lorong kanan. Hem, menyusahkan betul. Babah marah sikit.

Setelah itu, babah hantar pula susu ke rumah customer yg ke-2 dan ke-3 yang amat berdekatan dengan Angsana. Mulanya umi plan nak terus balik rumah tapi since dah dekat dengan Angsana, umie pun ajak babah singgah. Jalan. Cuci mata. Babah singgah kejap di masjid berdekatan sebelum ke Angsana bila HP umie bunyi alarm "Azan Mekah". Umi cuti hari ke-5 masa tue, jadi umie dok baca buku sahaj.

Dalam angsana, umie gatal2 pergi masuk semua kedai tempat umie dan babah borong keperluan untnk Raudhah Saffiyah 4bulan yang lepas, saje, umie nak ingat balik waktu2 excited tengok babah borong banyak barang o(≧o≦)o

Pukul 6.15petang, umie ajak babah balik rumah sebab umie dah tak larat nak jalan lagi. Umie ajak babah singgah pasar basah beli stok makanan untuk minggu depan. Umie beli buah tembikai susu sebiji dan pisang yang berharga RM5. Kemudian, umie beli sayur. Harga ayam RM8 sekilo, umie tak jadi beli. Harga sotong yang paling murah RM5.50 sekilo. Pun, umie tak beli. Umie suruh babah beli ayam kat kedai yang berdekatan dengan rumah aje.

Dalam perjalanan balik, babah berhenti di surau Pulai Perdana. Umi tunggu dalam kereta je. Sambil tue, umie dengan Radio Malaysia Johor. Tafsir Al Quran surah An Nahl ayat 69 sampai ayat 90 rasanya.

Tapi, minda umie cepat tersedar bila terdengar tafsir ayat ke 70

Yang Bermaksud: Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Umie rasa sangat gembira mendengar kata2 ALLAH. ALLAH sangat bijak. ALLAH sungguh baik. Dalam kalamNya banyak nasihat2 yang jarang umie dapat ingat. Umie kan manusia biasa.

Ya ALLAH, maafkan aku kerana selalu tak ingat akan perintah2 Mu. Kerna aku selalu terlupa untuk memerhatikan dan berfikir tentang keagunganMu. Maafkan kerna akal ku tidak sampai ke kemuncak yang Engkau mahu. Maafkanlah kerna aku lemah ya ALLAH. Aku bersyukur atas kehadiran Raudhah Saffiyah. Biarpun ia hanyalah sementara. Kerna aku tahu dia, aku dan kami semua adalah milikMu. Ya ALLAH, ampunilah segala dosa2ku. Aku selalu terlanjur. Aku selalu tidak sedar. Aku selalu leka. Maafkan aku ya ALLAH.

Amin, amin, amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪