Saat pertama bertemu, aku mendakapmu, aku mengucupmu kerana bersyukur dengan kurniaNya. 
Mentelah  mengenang detik pertemuan pertama kelahiranmu sehingga saat terakhir  aku mendakap tubuhmu yg kecil. Benar kata orang, tak nampak batang  hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu.
Berjalan  melalui setiap sudut di dalam rumah ini, kenangan sepanjang 52 hari  bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun  pintu itu.
Peliknya, walaupun engkau sudah tiada, seolah mata  dapat melihatmu. Tanpa menyangka insan kerdil sepertimu pergi terlebih  awal dariku. Ku lewati juga tempat engkau selalu dimandikan. Terngiang  ngiang suara seduanmu di sebalik bau sabun dan percikan air didalamnya.  Nampak engkau di ruang mataku... jelas.
Dan nampak juga di atas  meja, engkau tidur berbaring di atas bantal yang empuk itu menemaniku  tika tangan ini sibuk menekan papan kekunci! Ahh, nostalgia! Dan alunan  ayat2 suci yang mengembara diruang rumah ini kompas zikirku. Dan engkau  juga sebahagian daripadanya.
Maaf kalau umi tidak cukup  mengingatimu kerana pada setiap saat umi mengingatimu, umi dapat  menghidu bau syurga yang terlekat ditanganku.
εїз •.¸¸.•´¯I miss U, Raudhah Saffiyah¯`•.¸¸.•.εїз

No comments:
Post a Comment