Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau.   Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang  menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya  dengan ilmu pengetahuan sahaja  kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan  membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara  yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.
Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!
Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?

No comments:
Post a Comment