♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Monday, June 27, 2011

Rindu lagi


Semalam ALLAH izin umie menjadi salah seorang ahli dalam taman2 syurgaNya di Masjid As Syakirin, JB. Bagaimana agaknya Raudhah Saffiyah di syurga, seronok x dengan majlis ilmu disana? Mesti Raudhah Saffiyah suka. Umie tahu. Sejak Raudhah Saffiyah dalam perut umie lagi, umie selalu dengarkan ceramah untuk Raudhah Saffiyah.

Semalam, seharian babah dan kawan2 Usahawan Internet Selanat mengadakan Seminar Asas Perniagaan Internet. Umie rasa penat. Jadi, umir ingat nak terus balik rumah aje. Tapi, umie ajak babah p jalan2 beli barang dapur pulak. Lepas tue, umie ajak babah singgah kejap Angsana sebab dengar cerita ada pesta perniagaan Indonesia. Lepas solat Isyak, mulut umie gatal batalkan rancangan babah nak makan KFC. Umie ajak babah p kuliah Ustaz Zahazan.

Teruslah, babah set GPS ke Surau As Syakirin yg x pernah kami sampai. Ustaz Zahazan memberi ceramah tentang Israk Wal Mikraj. Seronok mendengarnya. Umie sempat mencatit beberapa point yg umie rasa penting.

Sebenarnya, umie dah siapkan sehelai kertas ditangan umi yg ada soalan. Umie suruh babah beri pada ustaz supaya Ustaz dapat berikan komennya. Dalam kertas itu, umi minta ustaz berikan sedikit kata2 motivasi buat umie. Di akhir penyampaian ustaz pun jawablah soalan umie. Jawapan ustaz panjang, yg umie sempat catat, adalah hadis dibawah. Ustaz kata hadis Qudsi:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?
Malaikat menjawab:”Ya.”

Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”.

Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”
Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”.

Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


Umie...... rindu Raudhah Saffiyah. Tiap kali umie nampak baby yg ada iras2 Raudhah Saffiyah, mesti umie tengok lama2. Waktu umie solat Mahgrib di Angsana, umie ternampak seorang baby iras2 macam Raudhah Saffiyah, umie rindu nak dakap Raudhah Saffiyah. Kali terakhir umie dakap, masa tue Raudhah Saffiyah dah pun tak bernyawa... Sedihnya, hati umie.

Tapi, umie selalu kuatkan hati umie dengan cerita dari hadis seperti ini. Moga umie terus kuat. Terus tabah. Umie dah pun ada sebuah rumah di syurga. Jadi, umie x mahu hancurkan rumah itu. Umie sayang Raudhah Saffiyah. Nanti, kita berjumpa lagi ye sayang.... Kita akan berkumpul lagi di dalam syurga, InshaALLAH.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..Ya Allah sdih sy bca kisah awk. Tp bila knangkan Raudhah Saffiyah tmpatnya di Syurga..btuahnya mnjadi Raudhah Saffiyah.. MasyaAllah.. Smoga Allah merahmati anda sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Wslm wbt

    Terima kasih, saya turut mengaminkan doa saudari. Semoga ujian ini saya berjaya laluinya... agar sy dapat berkumpul kembali dengan Raudhah Saffiyah, amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪