Hari ni umi masak kangkung blackpaper dengan sotong... Babah petikkan kangkung yg menjalar kat tepi rumah.
Projek menanam yg umi nak buat belum lagi terlaksana. Mulanya idea ini tercipta bila umi plan nak ajak Raudhah Saffiyah sekali bercucuk tanam dengan umi waktu petang. Hem... petang2, boleh la umi menyiram dengan Raudhah Saffiyah. Banyak pokok sayuran yg umi nak tanam... tapi... bila Raudhah Saffiyah dah takde disisi umi; terpaksalah umi pilih hobi lain...
ALLAH, terima kasih atas nikmatMu selama ini. Umi berdoa supaya babah dapat rezeki yg lebih baik dari sekarang. Umi sebenarnya, asyik teringat kat Raudhah Saffiyah. Hampir disetiap penjuru rumah ada kenangan umi bersama Raudhah Saffiyah. Umi tak tahu macam mana nak tenangkan hati umi selain berpindah. Sayang umi, doakan ye supaya babah dapat tempat bekerja yg lebih baik dari sekarang. Umi rindu Raudhah Saffiyah.
Umi tak mahu pindah rumah sebenarnya sebab dirumah itulah semua kenangan umi dengan Raudhah Saffiyah tersimpan. Tapi, dalam masa yang sama umi rasa sedih bila berada dirumah. Umi akan teringatkanmu sayang...
Moga ALLAH takdirkan sesuatu yang lebih baik buat umi dan babah... Moga umi mampu hadapi hari2 mendatang tanpa Raudhah Saffiyah dengan redha sepenuhnya.
Tadi, babah dapat panggilan dari SPACE yang mengatakan surat graduasi babah akan keluar next week. Moga dengan ini, akan jadi satu titik mula untuk babah bertemu dengan pekerjaan di daerah yang lain.
Umi sa....yang Raudhah Saffiyah. Sifatmu seindah perilaku Saffiyah isteri Rasulullah saw.
ALLAH... tabahkan hatiku sentiasa... agar aku dapat bertemu dengan permata hatiku di syurga Mu yang kekal abadi... amin
No comments:
Post a Comment