Saat pertama bertemu, aku mendakapmu, aku mengucupmu kerana bersyukur dengan kurniaNya.
Mentelah mengenang detik pertemuan pertama kelahiranmu sehingga saat terakhir aku mendakap tubuhmu yg kecil. Benar kata orang, tak nampak batang hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu.
Berjalan melalui setiap sudut di dalam rumah ini, kenangan sepanjang 52 hari bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun pintu itu.
Peliknya, walaupun engkau sudah tiada, seolah mata dapat melihatmu. Tanpa menyangka insan kerdil sepertimu pergi terlebih awal dariku. Ku lewati juga tempat engkau selalu dimandikan. Terngiang ngiang suara seduanmu di sebalik bau sabun dan percikan air didalamnya. Nampak engkau di ruang mataku... jelas.
Dan nampak juga di atas meja, engkau tidur berbaring di atas bantal yang empuk itu menemaniku tika tangan ini sibuk menekan papan kekunci! Ahh, nostalgia! Dan alunan ayat2 suci yang mengembara diruang rumah ini kompas zikirku. Dan engkau juga sebahagian daripadanya.
Maaf kalau umi tidak cukup mengingatimu kerana pada setiap saat umi mengingatimu, umi dapat menghidu bau syurga yang terlekat ditanganku.
εїз •.¸¸.•´¯I miss U, Raudhah Saffiyah¯`•.¸¸.•.εїз
No comments:
Post a Comment