copas
Soalan; Ustaz, aaya ada satu kemusykilan berkaitan dengan tempoh nifas, saya terbaca di dalam kitab fiqh sunnah-syed sabiq(terjemahan) mengatakan maksimum 40 hari (berdasarkan hadis), sekiranya selepas tempoh tersebut jika masih ada darah maka wajib solat, tetapi ada juga yang mengatakan 60 hari..Mohon penjelasan ustaz, terima kasih..
Jawapan;
Darah nifas bermakna darah kelahiran, iaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak. Berapa lama darah nifas ini boleh berlanjutan? Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;
1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).
Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk).
2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 1/251.
2. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/482-484.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 292.
4. Al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Quran al-‘Aziz, Dr. Abdul Adziem Badawi, hlm. 58.

No comments:
Post a Comment