Hari ini Raudhah Saffiyah berusia 35hari. Hari ini umi dan babah bawa Raudhah Saffiyah ke Klinik Desa Kangkar Pulai, Skudai.
Mula2, Raudhah Saffiyah diukur berat, ketinggian dan ukur lilit kepala. Kemudian, nurse cek fizikal Raudhah Saffiyah dibilik bernombor 5. Akhir sekali, diberi suntikan dibilik bernombor 4.
Alhamdulillah, berat Raudhah Saffiyah dah naik dari 1.85kg kepada 2.45kg. Tinggi pula bertambah 3cm dari 43cm. Ukur lilit kepala pula dari 29cm naik 33cm.
Umi pula diberi lecture oleh nurse disebabkan HB kurang (10gm%) dan kurang berat badan (37.5kg).
Nurse kata; berat badan umi bukan berat normal orang dewasa. Jadi, nurse suruh umi makan makanan yang berzat banyak untuk penghasilan susu yang berkualiti supaya berat Raudhah Saffiyah bertambah dengan baik.
Lagi, nurse suruh umi tandakan buku Senarai Semak Perkembangan untuk Raudhah Saffiyah.
Hari ini, 1st time umi tengok Raudhah Saffiyah diberi suntikan. Sebelum ni, dihospital umi tak dapat tengok. Penuh tangan kanan dan kiri Raudhah Saffiyah dengan bekas suntikan (warna hitam). Ada juga dikaki dan dilengan juga berwarna hitam.
Sebab Raudhah Saffiyah dah biasa kena suntik di hospital, jadi, waktu kena suntik di KD, Raudhah Saffiyah menagis kejap je. Umi baru berjalan selangkah, Raudhah Saffiyah dah berhenti menangis. Kelakar tengok gelagat umi yang cuba tenangkan Raudhah Saffiyah. Hihihii, tak payah susah2, Raudhah Saffiyah tahu bila nak berhenti...
Raudhah Saffiyah kan budak kecik yg kuat semangat, ken...tal... Tak mudah menangis ^___~
~ Catatan dari Umi untuk Raudhah Saffiyah sempena Pengalaman Pertama Umi Bawa Rauddhah Safiyah ke Klinik Desa♥
~ Alhamdullilah, bayi kecik ini mudah diuruskan. Tidak banyak ragam dan masalah. Sihat dan cepat membesar. Moga menjadi anak yang solehah. Amin
No comments:
Post a Comment