Pengenalan
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
Berikut adalah gambar-gambar proses imunisasi dilaksanakan :
Bayi diberi imunisasi secara suntikan dan Bayi diberi imunisasi secara oral
Bil. | Penyakit | Produk vaksin | Cara vaksin di beri |
1 | Tuberculosis | Bakterium yang dilemahkan (BCG) | Di bawah kulit lengan |
2 3 4 5 | Diphtheria Tetanus Pertussis (Batuk kokol) Haemophilus influenzae type b | Toksin bakteria yang diubahsuai (D) Toksin bakteria yang diubahsuai (T) Komponen bakteria (Hib) # | DTWP (kombinasi vaksin), Hip + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis. Diberikan melalui suntikan di peha. |
6 | Hepatitis B | Kompenan virus (Hep B) | Melalui suntikan di otot peha |
7 | Polio | Virus yang dilemahkan (OPV) | Diberi melalui mulut |
8 9 10 | Beguk Campak Rubella | Virus yang dilemahkan (M) Virus yang dilemahkan (M) Virus yang dilemahkan (R) | Melalui suntikan di otot peha |
Nota:
- Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (dimana ia disebabkan luka di badan akibat pencemaran oleh tanah yang mengandungi bakteria)
- #-wP - vaksin digunakan kesemua sel Pertusis
- Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :
- aP acellular Pertussis yang diperbuat daripada kompenan bakteria
- Varicella (demam cacar air)
- Influenzae
- Hepatitis A
- Demam taifod
Vaksin | Usia ( Bulan ) | Sekolah | ||||||||
Lahir | 1 | 2 | 3 | 5 | 6 | 12 | 18 | Tahun 1 | Tahun 3 | |
BCG | 1 | Jika tiada parut / no scar | ||||||||
Hep B | 1st | 2nd | 3rd | 4th | ||||||
DTwP+Hib | 1st | 2nd | 3rd | |||||||
"DTP or DT | DTP dos tambahan | DTP dos tambahan | ||||||||
Tetanus | Dos tambahan | |||||||||
OPV | 1st | 2nd | 3rd | Dos tambahan | Dos tambahan | |||||
Campak | Sabah | |||||||||
MMR | 1st | 2nd |
Nota :
- Imunisasi Hib dan MMR tidak diberi oleh KKM sebelum Julai 2002.
- Sebelum tahun 2002, vaksin campak diberi sebagai vaksin tunggal pada usia bayi 9 bulan. Ketika ini vaksin ini hanya diberi kepada bayi di Sabah yang berusia 6 bulan.
Penyakit | Komplikasi |
Tibi (batuk kering) | Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain. |
Difteria | Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru). |
Pertusis (batuk kokol) | Plumbum akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak. |
Tetanus (Kancing gigi) | Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi). |
Haemophilus influenzae jenis (Hib) | Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis). |
Hepatitis B | Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan. |
Polio | Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki. |
Campak | Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia). |
Beguk | Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan. |
Rubella | Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli) |
Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.
Kesan sampingan dan keselamatan vaksin
Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :
Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :
- Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
- Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius
- Penjagaan berikut perlulah diberi perhatian :
- Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi
- Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak
- Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°Celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
- Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku , suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.
- Situasi dan tanda-tanda berikut jarang berlaku semasa imunisasi :
- Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
- Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis)
- Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
- Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.
No comments:
Post a Comment