♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Friday, May 20, 2011

Umur berapa anak mula menggunakan tandas

 
Info : Kebanyakan kanak-kanak mula menujukkan tanda kesediaannya untuk mula menggunakan tandas apabila berumur 18 bulan hingga 3 tahun.
 

Petua Membanyakkan Susu Badan

 
Petua Tambah susu ibu : Cara untuk membanyakkan air susu badan, tumiskan bawang merah dengan ikan bilis. Kemudian, masukkan lobak putih. Nikmatinya dengan nasi panas. Jadikan ia amalan setiap hari.

Petua Merawat Puting Luka

Info dari Pa&Ma: 
Susu ibu boleh digunakan sebagai penawar sakit puting akibat digigit bayi. Titiskan beberapa titik susu ibu ke atas puting dan urut bahagian berkenaan secara lembut.

Wednesday, May 18, 2011

Tempoh Nifas

copas

Soalan; Ustaz, aaya ada satu kemusykilan berkaitan dengan tempoh nifas, saya terbaca di dalam kitab fiqh sunnah-syed sabiq(terjemahan) mengatakan maksimum 40 hari (berdasarkan hadis), sekiranya selepas tempoh tersebut jika masih ada darah maka wajib solat, tetapi ada juga yang mengatakan 60 hari..Mohon penjelasan ustaz, terima kasih..

Jawapan;

Darah nifas bermakna darah kelahiran, iaitu darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas melahirkan anak. Berapa lama darah nifas ini boleh berlanjutan? Persoalan ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

1. Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan orang yang sulasul-baul (yakni orang yang menghadapi penyakit kencing tak putus) dan tertakluk dengan hukum-hakam mereka sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini (sila rujuk).

2. Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan berbeza dari pandangan jumhur di atas di mana menurut beliau; tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah dan sulasul-baul sebagaimana di atas. Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari. Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 1/251.
2. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/482-484.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 292.
4. Al-Wajiz Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Quran al-‘Aziz, Dr. Abdul Adziem Badawi, hlm. 58.

Monday, May 16, 2011

Lemahnya dia

Perlu sentiasa perhatikan Raudhah Saffiyah...
Perlu pastikan Raudhah Saffiyah mengiring ke kiri secukupnya
Perlu pastikan Raudhah Saffiyah mengiring ke kanan secukupnya

Sebab Raudhah Saffiyah suka sangat mengiring ke kanan...

Mak kata; kecik2 lagi dah pandai ikut cara nabi tidur - dapat pahala
tapi, kena pastikan balance - kepala masih lembut - bimbang bentuk kepala lebih ke kanan nanti

Kecik je dia...
Comel je dia...
Lemah gemalai je dia...
Belum kuat leher lagi...
Jadi perlu hati2 selalu...

hem...
tiba2... aku membayangkan
tika aku kecil seperti Raudhah Saffiyah

hem...
mesti sangat2 manja waktu tue
tingkah laku dan suara...
tiada satu pun perbuatan si kecil yg menyakitkan hati
tapi semuanya mengembirakan hati
moga akan kekal hingga akhir hayat...
amin

Sunday, May 15, 2011

Babah Suka Makan Sayur

Malam tadi, umi masak sayur kacang panjang kentang kunyit...

Kali pertama umi masak untuk babah masa bulan puasa tahun 2010... masa tue, umi & babah xtahu lagi Raudhah Saffiyah dah ada dalam perut umi... hem, babah sangat suka dengan sayur masak kunyit yg umi masak... tapi, umi x ingat macam mana cara umi masak sebab umi main hentam je masa tue...


Malam tadi, umi tengak babah makan macam xlalu je...
umi: sayang masak tak sedap ea? biasanya laju je abg makan
babah: hmmmm...
umi: alaaa, cakap je la x sedap... cakap je mana yg abg x suka... nanti syg adjust
babah: macam mana nak adjust sayur ni? da siap da...
umi: alaa... abg gtahu je yg mana abg xsuka, nnt pandai la syg adjustkan... hihiii
babah: rasa da sedap cuma 1. kunyit banyak sangat, 2. kacang panjang ni lembik sangat, 3. kentang ni x ranggup...
umi: oook, len kali syg masak macam tue ea...
babah: dulu sayang masak sedap... masa dulu2... abang ingat sayang masak cam yg dulu tue...
umi: ok, len kali abang bagi tahu je la nak sayang masak macam mana... k


Kesimpulannya:
Babah x suka makan:
1. sayur yg lembik tapi separa masak dan ranggup contoh: kacang panjang, kentang,
2. bawang yg dihiris tapi yg ditumbuk/diblend sebabnya telan x rasa, hihii
3. halia - so, potong besar sikit supaya babah nampak ada halia


Babah suka:
1. tempe masak kicap blackpapper
2. terung masak kicap (terung mesti digoreng dahulu)
3. sayur kunyit
4. sup ayam
5.

hem, umi akan update lagi maklumat tentang apa yg babah suka dengan x... senang sikit umi nk cek nanti... xdela tengok babah makan slow... slow abiskan makanan hihiii

Friday, May 13, 2011

Kesalahan Merendam Sayur

Sebelum masak sayur... kita mestilah kena rendam dulu, kan, supaya dapat asingkan tanah/pasir yang melekat pada sayur tersebut akan turun ke dasar bekas.

Umi selalu terlupa nak simpan sayur yg direndam dalam bekas yg penuh air ke dalam peti ais. Umi simpan dalam peti ais sebab boleh rendam lebih lama. Rasa lebih puas hati bila pasir2 sume jatuh ke bawah dasar bekas.


Bila kita simpan sayur yg sedang direndam ke dalam peti ais; sayur akan jadi lebih segar dan tanah/pasir akan turun ke dasar bekas dengan lebih baik.

Kalau tak simpan dalam peti ais; nanti sayur akan cepat rosak. Daun sayur akan jadi lebam lalu jadi lembik dan mencair (hem.. x tahu nk guna perkataan apa yg lebih tepat).



Tapi, jangan la simpan dalam peti ais lama sangat; sebaik2nya tak lebih 3 hari.

Kalau nak rendam sayur di suhu bilik perlu pastikan tidak lebih sehari suntuk.

Abi suka beli sayur bayam, kankung, sawi...

Oh, Raudhah Saffiyah dah menangis, tak puas minum la agaknya tue... baru je td minum... mintak lagi... hihihii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪