♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Thursday, September 19, 2013

Mengandung lagi... Alhamdulillah ^_^

Dah lama tak update blog. Kali ni, nak cerita tengan "Baby Baru", inshaALLAH due 17 Disember 2013 ^_~

21 April 2013

Sebab teringat pesanan Dr. Azizah yg merawatku pd 2010, gagahkan jugalah kaki keluar rumah hari ni, just usaha utk elakkan risiko2 yg ada berdasarkan sejarah kesihatanku. Dah lewat 11hari dari due period yg sepatutnya.

Ini kali pertama aku ke klinik pakar wanita ni.

Dr. yg merawatku kali ni, terasa lain auranya. Perempuan. Selesa. Jauh sekali aku nak rasa bimbang &takut berdasarkan penelitiannya yg rapi terhadap background history pregnancy ku. Dia kata aku seorang yg kuat semangat. Aku gembira sbb dia sgt concern.

Dr ni suka bercerita. Aku suka, x rasa kekok nk share apa yg aku rasa. Dia seperti Dr. lain yg bimbang, bila aku sebut yg aku ada history ectopic pregnancy.

1st, Dr buat UPT test. Aku x tahu apa result test tu sbb masa tu aku tgh baring utk 2nd test; ultrasound. Terkejut aku bila Dr tunjuk gambar sarung kantung yg telah berada di dalam rahim. Dr sgt gembira, "syukur" katanya.

3rd test; transvaginal scan. Katanya nk lihat lebih jelas, memandangkan aku ada history ectopic. Alat ni ada kamera dihujungnya. Cuak la juga mula2 tp rupa2nya procedure cam pap smear aje. Kali ni Dr tunjuk gambar jantung baby 5minggu yg tengah berdenyut. Lama giler Dr tunjuk kt aku. Bersungguh2 dia menunjukkan. Aku memang la sgt terkejut sbb aku x plan pun utk nk ada baby lagi. Sebab nk fokus pada biz.

Sementara abang yg duduk di kerusi, dapat tengok di skrin besar yg disediakan. Aku je yg kena kongsi skrin dgn Dr.




Dr. pesan; elakkan pegang kucing sbb ada bakteria yg dibawa olehnya yang berbahaya untuk orang mengandung. Dia beri ubat untuk kuatkan rahim & folic acid.



Next appointment dia nk buat blood test utk tengok penyakit yg ada. Semoga ALLAH pelihara segala2nya dalam kebaikan, aamin.
 

19-9-2013
Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 27minggu, kaki terasa bengkak dengan air.Apa2pun, mudah2an, baby akan keluar bila masa cukup 9bulan 10hari. Jom doa! ^_~


 Jantina baby dah tahu, ehhehe, baby boy!! Tengah cari ilham untuk nama baby, hummm.... nak bubuh nama apa ye?? (^_^)v




































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪