♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Sunday, June 28, 2015

5 hari...

Hari ni... dapat berita daripada kazen

"Allah pinjamkan baby comel selama 5 hari"

Sedih... yang hanya terubat bila dapat bertemu dipintu syurga, inshaALLAH





Semua orang ada bahagian ujian masing2, mudah-mudahan diringgan pada saat itu. Kerana itu, jangan sekali kali kita cuba membeza diri kita dengan orang lain. Allah Maha Adil. Allah Maha Penyayang. Setiap hambaNya diciptakan unik.


Pengalaman hari ini, membuatkan aku ingin lebih kuat berusaha dalam mendidik Muhammad Syafi yang hari ni genap 19bulan usianya.

Ulama kecilku.....



Blog yg aku dapat catatkan serba sedikit perjalanan hidup kami yghakikatnya singkat....

masyallah...


Sunday, March 22, 2015

4 Tahun Sudah Berlalu, alhamdulillah

30 haribulan ni.
Genap umur Raudhah Saffiyah 4 tahun

Alhamdulillah atas segala2nya.
Terima kasih Allah

Pengalaman demi pengalaman
Masih terasa segar dalam ingatan

Semoga berkumpul kita kembali di dalam syurga
InshaAllah







Aaaamin





Thursday, September 18, 2014

Semanis Kurma

Tajuk Semanis Kurma... malam ni sangat x best utk aku hahahaa...

Masa odw ke HSA (dlm kete)
"abang... tengok ni, ubun2 dh ke bawah... abang, Raudhah Saffiyah maybe dah xde"

Dalam kereta masa tu, abang dgn suara yg kuat sambil menangis meminta ALLAH agar selamatkan Raudhah Saffiyah... aku pegang kuat2 Raudhah Saffiyah sbb abang kereta sangat laju & cuba tenangkan abang.

Kt emergency room Dr buat apa ntah sampai nadi Raudhah Saffiyah ada. Masa Dr beritahu aku berita tu, jantung aku seperti direntap... daripada aku tak menangis, aku menitiskan air mata... kerana aku tahu ia hanya harapan palsu

Bila Dr ajak masuk dlm emergency room, Dr cakap nadinya sangat lemah... Dr cakap, dah x boleh buat apa2... Dr cakap lagi yg Raudhah Saffiyah akan dibawa ke ICU & mesin oksigen akan dimatikan

Aku just peluk Raudhah Saffiyah (tubuhnya sejuk & pucat lesi) dan aku bisikkan sesuatu pd Raudhah Saffiyah (sesuatu ttg Syurga)... tiba je dimuka pintu bilik ICU, aku dipeluk oleh seorang nurse... dia ucapkan sesuatu kepada aku & hulurkan yassin... dalam hati aku; "errr nurse ini tahu ke apa yg sedang berlaku sekarang ni?"

Suasana sangat sunyi waktu tu,,, aku tak dapat dengar apa2 bunyi pun melainkan mesin oksigen Raudhah Saffiyah... tak lama lepas tu, nurse datang & cakap

"boleh sy tutup suis mesin oksigen ni?"

Redha sudah ada dlm hati aku saat aku angkat tubuh Raudhah Saffiyah dr atas tilam dlm bilik di rumah... tubuhnya lembik sudah cukup membuat aku berbisik dlm hatiku; ya ALLAH, aku redha apa pun yg terjadi selepas ini........

Mudah2an dapat bertemu lagi Raudhah Saffiyah dalam syurga... bermain & bersenang-senang hendaknya, inshaALLAH, aaamin



Thursday, September 19, 2013

Mengandung lagi... Alhamdulillah ^_^

Dah lama tak update blog. Kali ni, nak cerita tengan "Baby Baru", inshaALLAH due 17 Disember 2013 ^_~

21 April 2013

Sebab teringat pesanan Dr. Azizah yg merawatku pd 2010, gagahkan jugalah kaki keluar rumah hari ni, just usaha utk elakkan risiko2 yg ada berdasarkan sejarah kesihatanku. Dah lewat 11hari dari due period yg sepatutnya.

Ini kali pertama aku ke klinik pakar wanita ni.

Dr. yg merawatku kali ni, terasa lain auranya. Perempuan. Selesa. Jauh sekali aku nak rasa bimbang &takut berdasarkan penelitiannya yg rapi terhadap background history pregnancy ku. Dia kata aku seorang yg kuat semangat. Aku gembira sbb dia sgt concern.

Dr ni suka bercerita. Aku suka, x rasa kekok nk share apa yg aku rasa. Dia seperti Dr. lain yg bimbang, bila aku sebut yg aku ada history ectopic pregnancy.

1st, Dr buat UPT test. Aku x tahu apa result test tu sbb masa tu aku tgh baring utk 2nd test; ultrasound. Terkejut aku bila Dr tunjuk gambar sarung kantung yg telah berada di dalam rahim. Dr sgt gembira, "syukur" katanya.

3rd test; transvaginal scan. Katanya nk lihat lebih jelas, memandangkan aku ada history ectopic. Alat ni ada kamera dihujungnya. Cuak la juga mula2 tp rupa2nya procedure cam pap smear aje. Kali ni Dr tunjuk gambar jantung baby 5minggu yg tengah berdenyut. Lama giler Dr tunjuk kt aku. Bersungguh2 dia menunjukkan. Aku memang la sgt terkejut sbb aku x plan pun utk nk ada baby lagi. Sebab nk fokus pada biz.

Sementara abang yg duduk di kerusi, dapat tengok di skrin besar yg disediakan. Aku je yg kena kongsi skrin dgn Dr.




Dr. pesan; elakkan pegang kucing sbb ada bakteria yg dibawa olehnya yang berbahaya untuk orang mengandung. Dia beri ubat untuk kuatkan rahim & folic acid.



Next appointment dia nk buat blood test utk tengok penyakit yg ada. Semoga ALLAH pelihara segala2nya dalam kebaikan, aamin.
 

19-9-2013
Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 27minggu, kaki terasa bengkak dengan air.Apa2pun, mudah2an, baby akan keluar bila masa cukup 9bulan 10hari. Jom doa! ^_~


 Jantina baby dah tahu, ehhehe, baby boy!! Tengah cari ilham untuk nama baby, hummm.... nak bubuh nama apa ye?? (^_^)v




































Wednesday, April 4, 2012

Ke Klinik Keluarga Skudai



Dah tgh malam baru sempat emelkan tracking no. customer. Hampir separuh tersalah taip. Aku & abang ke pasar beli barang dapur lepas maghrib. Berhenti solat di MSI, UTM. Then, singgah kejap klinik Keluarga. Klinik favorite aku. Dr perempuan, senang nk cakap terus terang, x rasa malu. Hum, konon2, nk mintak dibuat pemeriksaan fizikal. Alih2, Dr periksa benda lain pulak, huhuu, padan muka aku kena lecture! Apa2pun, TQ Dr., nasihatkan saya. Sy tahu, kata2 Dr tue sebenarnya dr ALLAH yg m'gerakkannya.

Hilangkan segala trauma awak dgn byk2 istighfar. Jangan banyak fikir benda yg kecil2. Ingat, ujian adalah nikmat. Orang lain xdpt rasa nikmat yg awak rasa. Awak sihat. Tekanan darah OK. Sekarang is d best time utk awak dpt baby lagi. Jangan tunggu sampai umur 35. Yg lepas, jangan difikirkan lagi. Berapa ramai org dlm dunia ni dpt rasa sakit raptured ectopic, lepas tu, kena pulak baby SID? Percaya sy awak sihat! Xde apa2... bla bla bla... panjangnya, sampai hampir 15minit~

Kata2 yg sungguh menjentik perasaan. Mujur dapat tahan air mata.

Sungguh, utk m'gapai cita2, jln yg perlu tempuh sgt panjang.... xsemudah yg disangka... Sabarlah... sabar dgn doa, usaha & tawakal padaNya... ya ALLAH sentiasalah terangi jalan kami & bimbing hati kami, aaamin

Wednesday, March 28, 2012

[PANDUAN] Cara Penyimpanan Susu Ibu


Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

♥ bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
♥ bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
♥ breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

♥ Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
♥ Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
♥ Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
♥ Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

♥ Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
♥ Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
♥ Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
♥ Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
♥ Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
♥ Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
♥ Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League
Credit: momschoice.com.my



ALLAH ganjari aku dengan pahala & gantikan untukku yang terbaik disisiMU, aaamin

Thursday, November 3, 2011

Doa untuk bayi yang baru lahir



3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.




>> Sumber: Copas dari facebook Ustaz Zahazan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪