♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Sunday, October 16, 2011

Timang Tinggi-tinggi

Siang tadi, umi pergi kenduri kawen kawan babah di Pontian. Singgah di stesyen minyak Petronas sekejap isi minyak kereta yang hampir habis.

Umi duduk didalam kereta aje. Macam biasa. Jaga kereta sementara babah ke kaunter. Tiba2, umi terpandang seorang bapa menimbang anak lelakinya yang masih kecil.

Dalam hati umi berkata;
"Pastinya dia amat menyayanginya anaknya. Dicium. Dipeluk. Dibelai. Betapa indahnya, cinta & kasih seorang ayah buat anaknya. Ajaibnya sayang yang lahir dari hati buat si permata hati"

Tiba2, terlintas diminda umi;
"Tapi... apa yang akan jadi pada waktu remajanya nanti? Lihat dikiri kananku, terlalu ramai remaja yang tidak menghormati ibu & bapanya. Terlalu ramai remaja yang lalai dengan dunia. Lupa dengan akhirat. Mana kan yang tidak, artis lebih dikenali & dijadikan idola. Sedang, Rasulullah yang patut dijadikan idol."

Hati umi menyambung bicara;
"Lihatlah, betapa ramai remaja yang terhina dalam jaring cinta dusta. Cinta luka. Kasihan remaja. Salah siapakah remaja kita jadi begini? Lihatlah, betapa ramai yang binasa kerana dunia... Wahai ibu yang punya rahim, tolonglah pelihara aurat & akhlakmu. Wahai ayah yang punya kudrat, tolonglah jadi nakhoda yang bijaksana."


Wahai ibu & ayah...
marilah kita didik permata2 kita mengenal ALLAH & Rasul
ayuh, didik hati mereka dengan al quran
silakan jadi tauladan yg baik buat permata2 kita
tanamkan benih2 iman didadanya

agar...

masa remajanya nanti
kental mengharungi cabaran dunia

agar...

masa matangnya nanti
bijak menabur bakti buat agama

agar...

akhir nafasnya nanti
subur mengenal ALLAH

semoga
harapan ini
ALLAH kabulkan
hingga akhirnya
agama menjadi panduan kehidupan
agama diamalkan sebaik2nya

ayuh, mari... mulakan dari niat
niat untuk jadi hamba yang terbaik
hamba yang mendapat keampunan & keredhaan
semoga ALLAH memudahkan perjalanan dunia kita
hingga, perjalanan ke syurga kita bersama ALLAH

amin
amin amin
ya rabb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪