Masa odw ke HSA (dlm kete)
"abang... tengok ni, ubun2 dh ke bawah... abang, Raudhah Saffiyah maybe dah xde"
Dalam kereta masa tu, abang dgn suara yg kuat sambil menangis meminta ALLAH agar selamatkan Raudhah Saffiyah... aku pegang kuat2 Raudhah Saffiyah sbb abang kereta sangat laju & cuba tenangkan abang.
Kt emergency room Dr buat apa ntah sampai nadi Raudhah Saffiyah ada. Masa Dr beritahu aku berita tu, jantung aku seperti direntap... daripada aku tak menangis, aku menitiskan air mata... kerana aku tahu ia hanya harapan palsu
Bila Dr ajak masuk dlm emergency room, Dr cakap nadinya sangat lemah... Dr cakap, dah x boleh buat apa2... Dr cakap lagi yg Raudhah Saffiyah akan dibawa ke ICU & mesin oksigen akan dimatikan
Aku just peluk Raudhah Saffiyah (tubuhnya sejuk & pucat lesi) dan aku bisikkan sesuatu pd Raudhah Saffiyah (sesuatu ttg Syurga)... tiba je dimuka pintu bilik ICU, aku dipeluk oleh seorang nurse... dia ucapkan sesuatu kepada aku & hulurkan yassin... dalam hati aku; "errr nurse ini tahu ke apa yg sedang berlaku sekarang ni?"
Suasana sangat sunyi waktu tu,,, aku tak dapat dengar apa2 bunyi pun melainkan mesin oksigen Raudhah Saffiyah... tak lama lepas tu, nurse datang & cakap
"boleh sy tutup suis mesin oksigen ni?"
Redha sudah ada dlm hati aku saat aku angkat tubuh Raudhah Saffiyah dr atas tilam dlm bilik di rumah... tubuhnya lembik sudah cukup membuat aku berbisik dlm hatiku; ya ALLAH, aku redha apa pun yg terjadi selepas ini........
Mudah2an dapat bertemu lagi Raudhah Saffiyah dalam syurga... bermain & bersenang-senang hendaknya, inshaALLAH, aaamin