♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ______________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•..♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫..•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

Monday, June 27, 2011

Rindu lagi


Semalam ALLAH izin umie menjadi salah seorang ahli dalam taman2 syurgaNya di Masjid As Syakirin, JB. Bagaimana agaknya Raudhah Saffiyah di syurga, seronok x dengan majlis ilmu disana? Mesti Raudhah Saffiyah suka. Umie tahu. Sejak Raudhah Saffiyah dalam perut umie lagi, umie selalu dengarkan ceramah untuk Raudhah Saffiyah.

Semalam, seharian babah dan kawan2 Usahawan Internet Selanat mengadakan Seminar Asas Perniagaan Internet. Umie rasa penat. Jadi, umir ingat nak terus balik rumah aje. Tapi, umie ajak babah p jalan2 beli barang dapur pulak. Lepas tue, umie ajak babah singgah kejap Angsana sebab dengar cerita ada pesta perniagaan Indonesia. Lepas solat Isyak, mulut umie gatal batalkan rancangan babah nak makan KFC. Umie ajak babah p kuliah Ustaz Zahazan.

Teruslah, babah set GPS ke Surau As Syakirin yg x pernah kami sampai. Ustaz Zahazan memberi ceramah tentang Israk Wal Mikraj. Seronok mendengarnya. Umie sempat mencatit beberapa point yg umie rasa penting.

Sebenarnya, umie dah siapkan sehelai kertas ditangan umi yg ada soalan. Umie suruh babah beri pada ustaz supaya Ustaz dapat berikan komennya. Dalam kertas itu, umi minta ustaz berikan sedikit kata2 motivasi buat umie. Di akhir penyampaian ustaz pun jawablah soalan umie. Jawapan ustaz panjang, yg umie sempat catat, adalah hadis dibawah. Ustaz kata hadis Qudsi:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku?
Malaikat menjawab:”Ya.”

Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”.

Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”
Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”.

Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)


Umie...... rindu Raudhah Saffiyah. Tiap kali umie nampak baby yg ada iras2 Raudhah Saffiyah, mesti umie tengok lama2. Waktu umie solat Mahgrib di Angsana, umie ternampak seorang baby iras2 macam Raudhah Saffiyah, umie rindu nak dakap Raudhah Saffiyah. Kali terakhir umie dakap, masa tue Raudhah Saffiyah dah pun tak bernyawa... Sedihnya, hati umie.

Tapi, umie selalu kuatkan hati umie dengan cerita dari hadis seperti ini. Moga umie terus kuat. Terus tabah. Umie dah pun ada sebuah rumah di syurga. Jadi, umie x mahu hancurkan rumah itu. Umie sayang Raudhah Saffiyah. Nanti, kita berjumpa lagi ye sayang.... Kita akan berkumpul lagi di dalam syurga, InshaALLAH.

Monday, June 20, 2011

Rumah No. 61


Sebenarnya, umi masih sayu dan pilu. Masih bugar dalam ingatan detik pemergianmu. Saat umi merangkul tubuhmu yang longlai dari tilam tempat kau beradu. Saat umi mengusap2 tubuhmu di dalam wad kecemasan. Saat umi merenung matamu tika jantungmu berdegup kerna alat bantuan yang terpasang dibadanmu. Saat umi mengucup dahi dan telapak tanganmu diatas pangkuan umi.

Hari ini genap sebulan tanpamu. Dan umi masih mengingatimu... Hati ini, semakin nyilu merinduimu... kala menyelak fotomu... kala fikiran umi terbang ke awan nostalgia bersamamu

Umi akan selalu berdoa supaya terus tegar meneruskan amanah tuhan kita yang masih terbeban dibahu umi... berhadapan dunia ini, bagai seorang yang sedang mendaki gunung... batin ini, sesungguhnya, menangis sengsara... berada diakhir puncak kehidupan dunia yang sudah pun tua.

Moga hati umi kan riang gembira mendengar khabar berita dari Yang Maha Esa bahawa dirimu sedang bahagia dalam jagaan Tuhan Yang Maha Kaya; Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Yang mendengar doa sebelum umi tidur; Ya Rahim temukan kami di dalam syurgaMu. Dan, disitulah selayaknya tempatmu, si bersih, duhai permata hati yang umi tunggu.

It's been 4 weeks since we said GudBye

Tengahari Yang Penuh Syukur

Tengahari tadi saya makan nasi, ayam black paper, sawi dan kentang. Saya minum air bali. Saya tidak pernah mengerjakan sawah padi untuk menghasilkan beras, dan boleh jadi beras itu dari Sabak Bernam, ayam pula... saya tidak pernah menjadi penternak ayam, boleh jadi ayam itu datang dari negeri sebelah, black paper pula mungkin datang dr Sarawak, barangkali kentang yang saya beli semalam, murah, sebab datangnya dari Pakistan, saya tidak pernah bercucuk tanam, gula, bali dan sebagainya,,,

Ya saya tahu, saya sedar, rezeki tengahari ini datang kepada saya daripada seluruh pelusuk dunia...

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH, merimbum cintaMu buat saya. Pantaskah saya membazir dengan kurniaanMu? (╯_╰)

Terima kasih ALLAH... Ya Allah, ajari kami cara mencintaiMu dengan benar (-'_'-)

Aku bersyukur atas kehadirannya...

Semalam, umie jalan2 lagi dengan babah.

Lepas, babah balik surau untuk solat Zohor, umie ajak babah makan. Selesai makan, kami pun keluar.

Mula2, babah singgah pasaraya Econsave beli beras dan air bateri tapi umi ternampak ada offer bawang merah dan kentang. Babah beli seguni bawang merah dan seguni kentang.Babah tahu umie suka makan kentang. Kentang RM4.99 seguni. Bawang pula RM4.50 seguni.

Kemudian, babah teruskan perjalanan ke Pasir Gudang menghantar susu kambing perisa coklat dan original (960ml) yang customer order. Dipertengahan jalan, babah berhenti kejap di ladang kambing En. Osman beli susu lagi 5 botol. Itu pun sebab customer ke-2 dan ke-3 yang order. Sepanjang perjalanan, biasa saja. Cuma kadang, jalan penuh sebab ada kereta yang bawa slow di lorong kanan. Hem, menyusahkan betul. Babah marah sikit.

Setelah itu, babah hantar pula susu ke rumah customer yg ke-2 dan ke-3 yang amat berdekatan dengan Angsana. Mulanya umi plan nak terus balik rumah tapi since dah dekat dengan Angsana, umie pun ajak babah singgah. Jalan. Cuci mata. Babah singgah kejap di masjid berdekatan sebelum ke Angsana bila HP umie bunyi alarm "Azan Mekah". Umi cuti hari ke-5 masa tue, jadi umie dok baca buku sahaj.

Dalam angsana, umie gatal2 pergi masuk semua kedai tempat umie dan babah borong keperluan untnk Raudhah Saffiyah 4bulan yang lepas, saje, umie nak ingat balik waktu2 excited tengok babah borong banyak barang o(≧o≦)o

Pukul 6.15petang, umie ajak babah balik rumah sebab umie dah tak larat nak jalan lagi. Umie ajak babah singgah pasar basah beli stok makanan untuk minggu depan. Umie beli buah tembikai susu sebiji dan pisang yang berharga RM5. Kemudian, umie beli sayur. Harga ayam RM8 sekilo, umie tak jadi beli. Harga sotong yang paling murah RM5.50 sekilo. Pun, umie tak beli. Umie suruh babah beli ayam kat kedai yang berdekatan dengan rumah aje.

Dalam perjalanan balik, babah berhenti di surau Pulai Perdana. Umi tunggu dalam kereta je. Sambil tue, umie dengan Radio Malaysia Johor. Tafsir Al Quran surah An Nahl ayat 69 sampai ayat 90 rasanya.

Tapi, minda umie cepat tersedar bila terdengar tafsir ayat ke 70

Yang Bermaksud: Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Umie rasa sangat gembira mendengar kata2 ALLAH. ALLAH sangat bijak. ALLAH sungguh baik. Dalam kalamNya banyak nasihat2 yang jarang umie dapat ingat. Umie kan manusia biasa.

Ya ALLAH, maafkan aku kerana selalu tak ingat akan perintah2 Mu. Kerna aku selalu terlupa untuk memerhatikan dan berfikir tentang keagunganMu. Maafkan kerna akal ku tidak sampai ke kemuncak yang Engkau mahu. Maafkanlah kerna aku lemah ya ALLAH. Aku bersyukur atas kehadiran Raudhah Saffiyah. Biarpun ia hanyalah sementara. Kerna aku tahu dia, aku dan kami semua adalah milikMu. Ya ALLAH, ampunilah segala dosa2ku. Aku selalu terlanjur. Aku selalu tidak sedar. Aku selalu leka. Maafkan aku ya ALLAH.

Amin, amin, amin

Umie.. ALLAH telah takdirkan umurku sampai disini sahaja...


Ya ALLAH,
Engkau mengeluarkan kami dari perut ibu kami
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun
lalu Engkau kurrniakan kepada kami
pendengaran dan penglihatan
serta hati (akal fikiran)
supaya kami bersyukur...

Lantas,
Setelah engkau menciptakan kami
kemudian, Engkau matikan kami....

dan ada diantara kami
yang Engkau panggil kembali ke sisiMu
kala umur kami paling lemah

dan ada diantara kami
yang Kau panggil kembali ke sisiMu
kala uban penuh dikepala kami

sesungguhnya,
Engkaulah tuhan
Yg Maha Mengetahui
Lagi Maha Kuasa

Berikanlah kami hati
yg sentiasa mensyukuri nikmat pemberianMu
dan, jadikan kematian itu sebaik2 perintagan buat kami
supaya hati kami sentiasa taat akan perintahMu

Amin, amin, amin

Friday, June 17, 2011

Pintu Jalan PI 9/7

Saat pertama bertemu, aku mendakapmu, aku mengucupmu kerana bersyukur dengan kurniaNya.

Mentelah mengenang detik pertemuan pertama kelahiranmu sehingga saat terakhir aku mendakap tubuhmu yg kecil. Benar kata orang, tak nampak batang hidung nampak bumbung pun jadilah buat pengubat rindu.


Berjalan melalui setiap sudut di dalam rumah ini, kenangan sepanjang 52 hari bermain di fikiran. Dan pengecasnya adalah sentuhan tanganku dengan daun pintu itu.

Peliknya, walaupun engkau sudah tiada, seolah mata dapat melihatmu. Tanpa menyangka insan kerdil sepertimu pergi terlebih awal dariku. Ku lewati juga tempat engkau selalu dimandikan. Terngiang ngiang suara seduanmu di sebalik bau sabun dan percikan air didalamnya. Nampak engkau di ruang mataku... jelas.

Dan nampak juga di atas meja, engkau tidur berbaring di atas bantal yang empuk itu menemaniku tika tangan ini sibuk menekan papan kekunci! Ahh, nostalgia! Dan alunan ayat2 suci yang mengembara diruang rumah ini kompas zikirku. Dan engkau juga sebahagian daripadanya.

Maaf kalau umi tidak cukup mengingatimu kerana pada setiap saat umi mengingatimu, umi dapat menghidu bau syurga yang terlekat ditanganku.

εїз •.¸¸.•´¯I miss U, Raudhah Saffiyah¯`•.¸¸.•.εїз

Wednesday, June 15, 2011

Ketika Kubur Menyeru

♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ ____________________❀✿❀__________________ ¸.•´´¯)¸.•´´¯)♥
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ Setiap Hari Kubur Menyeru Manusia Sbanyak 5 Kali ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Assalamu'alaikum.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


1. Aku rumah yg t'pencil, maka akan senang dgn slalu m'baca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn slalu solat malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg mjadi hamparan.

4. Aku rumah ular b'bisa, maka bawalah amalan Bismillah sbg pnawar.

5. Aku rumah p'tnyaan Munkar dan Nankir, maka banyakanlah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" spy kmu dpt jwpn kpdnya.

Ketika Cinta Pergi...

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
...........KETIKA CINTA PERGI UNTUK KEMBALI...........
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥


...•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ* •*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ*•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ* •*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.ℒℴνℯ*


___ ░██████░_ ░██████░
__░██▓░░▓██__██▓░░▓██░
_░██▓░░░░▓███▓░░░░▓██░
_░██▓░░░░░░█░░░░░░▓██░
__ ░██▓░░░░░░░░░░░▓██░
____░██▓███░░░███▓██░
__ ░██▓░░▓██░██▓░░▓██░
_░██▓░░░░▓███▓░░░░▓██░
_░██▓░░░░░▓█▓░░░░░▓██░
__ ░██▓░░░░░░░░░░░▓██░
____░██▓░░░░░░██░▓██░
______ ░██▓░░░░██▓██░
________██_██▓░███▌▐█
______ ███ __██▓███▌██▌
______███______████▐██▌
_____████_____████▐███
_____████___████▐████▐██
____██████████▐████▐███
___██████████▐████▐███▌
__███████████████▐███▌
█▐██████████████▐███
█▐████████████████ ███
██▐██████████████ ███
███▐████████████ ███▌
████▐█████████████▌
██████▐█████████
███████
██████ Salam Penuh Cinta


(¯`•.¸ღ KETIKA CINTA PERGI ღ¸ .•´¯)

Doa Demam Panas

Raudhah Saffiyah selama 52hari dengan ummi tak pernah demam atau kurang sihat. Raudhah Saffiyah seorang bayi yg comel dan sihat. Umi suka Raudhah Saffiyah yang bijak lagi kreatif.



Umi suka baca dan hafal doa dari Buku 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih - Ustaz Zahazan Mohamed. Sebab umi tahu dengan berdoa pada ALLAH.. meminta pada ALLAH adalah sebaik2 perbuatan.

Salah satu doa untuk mengubat demam panas sebagai satu usaha kita:



بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ ،
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ

Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .


Keterangan dan Petua Beramal

Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;


“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.

(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).


“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.

(HR. Muslim no. 2575).

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).


“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(HR. Bukhari no. 5641).


“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.

(HR. Muslim no. 2573).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.

(HR. Muslim no. 2572).



Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.

 (HR. Bukhari no. 5678).


Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.

(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).


“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.

(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).

Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini  kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya.


Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan  Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T.

Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..

Monday, June 13, 2011

Menyimpan masa



Kadangkala kau rasa seperti mahu memiliki sesuatu tetapi tak terjangkau. Usah kau salahkan dirimu, keluargamu yang papa malah Tuhanmu yang menangguhkannya. Simpan hajatmu dan berusahalah menuju kejayaan. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kau bisa keluar dari runsingmu. Marahmu, kecewamu, gerammu tidakkan membantu. Dan bila sahaja dirimu berjaya menjadi manusia, banyak perkara yang dahulu hanya mimpi bagimu menjadi nyata.

Kadangkala, jenuh kau berusaha dan hanya setelah beberapa ketika (setelah banyak kali hampir sahaja kau menyerah kalah) barulah kau mencapainya. Terkadang, bila sahaja kau tidak mahu mengejarnya, saat itulah kau mendapatkannya! Aneh!

Pun begitu, jangan kau gusar ehwal gagalmu. Kalau kalau kau sudah berusaha tanpa jemu kalaupun sepanjang hayatmu tetapi masih tidak berjaya mencapai mimpi itu, barang pasti nikmat dari Tuhanmu tidak di sini tetapi di dunia selepasnya!! Apa kau terlupa? Mana satu yang kau mahu? sekarang atau kemudian?

Hati itu....


•.,,.-°-★-*-.,,.- GERBANG NURANI •.,,.-°-★-*-.,,.-

☆¨¯`♥ HATI Itu Umpama KACA,Jangan Biar Ia RETAK,
AKAL Itu Umpama AIR,Jangan Biar Ia KERING...
IMAN Itu Umpama DEBU,Jangan Biar Ia HILANG..
PERSAHABATAN Itu Pula Umpama TALI,Jangan Biarkan Ia PUTUS..☆¨¯`♥


Memaafkan...

♥ஜ♥(¯`•.¸ღ Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yg boleh membuang segala parut luka emosi..ღ¸.•´¯)♥ஜ♥


Kerna Kau Wanita

★·.·´¯`·.·★ ISTIMEWAnya WANITA ¤★·.·´¯`·.·★
~♥~ LEMBUT wanita krna SENYUMANnya,
...~♥~ TEGUHnya wanita krn BERANInya,
~♥~ SABAR wanita krn IMANnya,
~♥~ KASIH wanita krn BELAIANnya,
~♥~ IKHLAS wanita krn SIMPATInya,
~♥~ LEMAH wanita krn AIRMATAnya
~♥~ PENDAM wanita krn CEMBURUnya,
~♥~ SAYANG wanita krn sikap KEIBUANnya...:)
♥~ berSyUkurLah bergelar seorang WaNita ~♥
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥


Cinta Berpandukan Iman

♥ஜ♥(¯`•.¸ღ CINTA IMAN ღ¸.•´¯)♥ஜ♥


* Tetap TERTAWA walau sebenarnya ia ingin MENANGIS
* Tetap TERSENYUM walau sebenarnya ia KECEWA
* Tetap KUAT walau sebenarnya ia sudah TAK SANGGUP lagi* Tetap SEMANGAT walau TERTEKAN oleh masalah
* dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik-baik saja
walau sebenarnya ia sudah TERLUKA..

Betapa Berharganya Diri Seorang Wanita

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•
┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★✿   
┊  ┊  ┊   Betapa Berharganya
┊  ┊  ☆ ♥ diri seorang
┊  ┊   WANITA!!
┊  ★✿

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

♥(¯`•.. Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

♥(¯`•.. Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

♥(¯`•.. Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

♥(¯`•.. Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

♥(¯`•.. Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

♥(¯`•.. Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

♥(¯`•.. "Untuk apa???", tanya malaikat.

♥(¯`•.. Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

♥(¯`•.. Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

♥(¯`•.. Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

♥(¯`•.. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

♥(¯`•.. Allah S.W.T berfirman:

♥(¯`•.. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

♥(¯`•.. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

♥(¯`•.. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

♥(¯`•.. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

♥(¯`•.. "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

♥(¯`•.. "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam...

♪ღ♪•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ•♪ღ♪•*´¨*•.¸ℒℴνℯ

Belajarlah...

✿ Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS
✿ Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana kita belajar SABAR
✿ Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR
✿ Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT
✿ YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNya adalah TERBAIK untuk kita

♥•~•♥•~•♥•~•♥•Aamiin•♥•~•♥•~•♥•~•♥


Berterima kasihlah

★•.•´¯`•.•★ TENANGLAH DUHAI HATI ★•.•´¯`•.•★

(¯`v´¯)♥♥ Berterima kasihlah kepada orang yang telah membuat hati
`·.¸.·´♥♥ kita TERLUKA,MARAH dan KECEWA..kerana sebenarnya dia telah
¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨) mengajar kita ERTI sebuah KESABARAN..
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.♥♥♥ InsyaAllah..Amin ya Allah..

Sebuah PERJALANAN


❤ღʚįɞ✿~ 
Dalam jauhnya Sebuah PERJALANAN, 
ALLAH Amanahkan Sebuah Perjuangan...
Terimalah dgn Kekuatan SABAR walau KESAKITAN itu datang,
Kadang Teman pun tiada SEHALUAN,
Namun, itulah UJIAN 
mencari IMAN yang Teguh,
Dan Jadikan DIAM Sebagai bahasa PENGAWAL DIRI,
SENYUM sbg Bahasa TERMANIS
Dan Jadikanlah KHUSYU' sbg ibadah TERINDAH'..
InsyaAllah...
Amin Ya Allah..
❤ღʚįɞ✿~

Yg Berharga...


ӜƷ¸¸.•¨¯` MILIK HATIKU ¸¸.•¨¯`• ƸӜƷ

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸♥♥
Sesuatu akan lebih terasa BERHARGA 
ketika kita sudah tidak memilikinya lagi... 
maka sentiasalah HARGAI 
apa yang kita MILIKI & SAYANGI kini. 
Sblm dia terus 'pergi' dr HIDUP kita... 
InsyaAllah..Amin ya Allah..
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.(`'•.¸ (`'•.¸♥♥

Mengenalimu....


¤º•¤✿° Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorangg juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,sesungguhnya mengenali seseorangg itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah, sedih, merana, gembira, sayang & rindu... Namun, mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah..Biarpun hadirnya hnya seketika & sementara,bersyukurlah dgn kehadirannya kerna dgnnya kita mengenal erti kasih sayang...¤º•¤✿°

The Perfect Heart

..... (¯`v´¯)♥
ERTI CINTA
....¸.•´
...( ❤❤♫❤♫❤ Cinta bukan mengajar kita lemah,
☻/ Tetapi membangkitkan kekuatan...
.../▌Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
/ \ Tetapi menghembuskan kegagahan...
Cinta bukan melemahkan semangat,
Tetapi membangkitkan semangat...❤❤♫❤♫❤

Mencari Hati Yg Ikhlas...



★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★════●❤●
Mencari HATI yg IKHLAS umpama mencari sebutir gula didalam sebekas garam..
Mencari CINTA yg ABADI umpama mencari sebutir berlian didalam sebekas kaca..
Meskipun sulit,namun ianya memerlukan USAHA untuk mendapatkannya..
InsyaAllah, Amin ya Allah..
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★════●❤●

Yang Terindah...


ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ
Kadang2 yg TERINDAH bukanlah yg TERBAIK,
yg SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN,
namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN
menjadi kelebihan itu lah KESEMPURNAAN...
InsyaAllah,Amin ya Allah..
ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ¸¸.•¨¯`•ƸӜƷ

Senyumlah Duhai Hati


░S░E░N░Y░U░M░L░A░H░░D░U░H░A░I░░H░A░T░I░

✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀
Bersyukurlah ketika dirimu di SAKITI krn ia 'mendidik' dikau agar menjadi
org yg lbh SABAR. Bersyukurlah saat dikau tidak di PEDULI krn ia mendidik
...dirimu agar m'jd org yg lebih TABAH & BERDIKARI..InsyaAllah,Amin Ya Rabb..
✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀ ✿❀ ✿❀

InsyaAllah


♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::
Andai kau JATUH tetaplah BANGUN,
Andai kau SEDIH tetaplah TERSENYUM,
Andai kau LELAH tetaplah TEGAR,
Kerana Allah telah menjanjikan yang TERBAIK buatmu..
...InsyaAllah, Amin ya Allah..
♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::

Cintanya ALLAH pada kita...

˙·٠☆•♥ CINTANYA ALLAH PADA KITA ♥•☆٠·˙

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

Saat kau LELAH tak berdaya kerana usaha yang GAGAL,
...Allah tahu betapa GIGIH engkau telah BERUSAHA.
Ketika sekian lama kau MENANGIS dan batinmu MENDERITA,
Allah telah menghitung TANGISMU..
Saat kau rasa hidupmu TAK MENENTU dan waktu terus
MENINGGALKANMU,
Allah sentiasa MENUNGGU bersamamu.
Ketika kau KESEPIAN dan kawanmu terlalu sibuk
meski hanya untuk menelefon,
Ketahuilah,Allah berada DISISMU..
Saat kau telah MENCUBA segala sesuatu dan tak tahu harus berbuat apa,
Allah memiliki JAWAPANNYA..
Saat tiba-tiba HIDUPMU lebih CERAH dan kau temukn secercah harapan,
Hakikatnya,Allah telah pun BERBISIK kepadamu.
Ketika semuanya berjalan LANCAR dan banyak yang harus kau SYUKURI,
Allah telah MEMBERKATIMU.
Saat KEGEMBIRAAN datang dan kau terasa TERPESONA,
Allah TERSENYUM kepadamu.
Ketika kau punya CITA-CITA dan MIMPI untuk diwujudkan,
Allah telah membuka MATAMU dan memanggil NAMAMU..
SubhanAllah..

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫

Dulu... umi selalu berangan:
nak buat catatan2 kecil nasihat untuk Raudhah Saffiyah baca bila remajanya engkau. Walaupun, Raudhah Saffiyah sudah tiada kini, umi tetap akan menulis... supaya nanti umi tak lupa.... Mungkin nasihat ini akan berguna untuk orang lain, inshaALLAH... amin :)

Rindu kamu!!

Saturday, June 11, 2011

Will Always Be Missing U

RedhaMu
KasihMu
Rinduku
Moga kan bawa kita ke syurga...
Amin, amin, amin

~ It's has been 3weeks & 1day since we said GudBye~
~ Mis u ♥ ~

Wednesday, June 8, 2011

Seminggu...



Seorang kanak2 menyapaku setelah aku selesai solat Isyak... Kanak2 yg cukup aku kenali. Ahli jemaah yg cukup setia mengikut ayahnya bersama bersolat di masjid UTM.

"err... kak... kenapa dah lama x nampak datang sini... akk pergi mana?" suaranya terputus2

"oooh, sebab akk bizi jaga baby akk...." jawabku ringkas

"ooooh, saya dah agak dah akk dah kawin..." dia senyum lebar

Dalam hatiku berkata; dia tak perasan perubahan tubuhku langsung, mungkin sebab selama ni dia melihat aku berjubah dan bertudung labuh yang menutup seluruh bentuk tubuhku. Walaupun, hampir setiap hari aku menegur dia.

"akk x nampak macam dah kawin ke?" dia hanya tersipu2 malu bila aku balas dengan pertanyaan

"mana baby akk?" tanya dia.

Aku tahu soalan tue akan keluar dari mulutnya. Masakan tidak, aku selalu nampak dia leka bermain2 dengan anak2 jemaah yg datang sehinggakan aku selalu bertanyakan padanya sudahkah dia selesaikan solatnya.

"baby akk dh xde... dia ada kt syurga sekarang..." jawabku pendek.

Aku lihat dia terpingga2 mendengar jawapanku. Lalu, aku pun menyambung.

"... kanak2 yg meninggal sebelum baligh tiada dosa, jadi, tempatnya disyurga lah, inshaALLAH"

"Oooooo... baru faham. Akk tak sedih ke?" dia bertanya

"Mestilah sedih... baby akk baru je seminggu tak de... dia hidup hanya 52 hari di atas dunia nie..." balasku

Mendengarkan jawapanku, mukanya lantas tertunduk... jari telunjuknya bermain2 di atas karpet yg berbulu tebal itu.........

Saturday, June 4, 2011

2weeks & 1day

It's been 2weeks & 1day since we said GudBye
♥ Alwez In Memory ♥
umi dah x terkejut2 waktu tidur malam hari... cuma susu umi stil belum kering lagi... umi rindu Raudhah Saffiyah... 

Thursday, June 2, 2011

Detik2 Terakhir Raudhah Saffiyah (1)

Jam ditangan umi menunjukkan pukul 12 tengah malam. Macam biasa umi menunggu Raudhah Saffiyah bangun dari tidur untuk menyusu. Umi dah tahu dah, waktu seperti ini Raudhah Saffiyah akan bangun meminta untuk disusukan.

Tepat seperti jangkaan umi, Raudhah Saffiyah bangun. Umi pun beri susu pada Raudhah Saffiyah sambil duduk didepan laptop menyiapkan design.

Jam menunjukkan pukul 1. Raudhah Saffiyah tertidur kekenyangan. Umi dukung Raudhah Saffiyah sebelum meletakkan semula di atas tilam yang berada disisi umi. Lalu, umi sambung semula membuat design. Raudhah Saffiyah tidur dengan nyeyak.

Pukul 2pagi Raudhah Saffiyah bangun lagi minta disusukan. Umi pun angkat Raudhah Saffiyah, berikan susu. Jam menunjukkan pukul 3, tapi Raudhah Saffiyah belum tidur. Umi shut down laptop sebab umi keletihan.

"Kenapa Raudhah Saffiyah tak mahu tidur nie... kenapa tenung umi? ooo... Raudhah Saffiyah dah pandai curi2 tenung umi ye..."

Bila umi tarik puting dari mulut Raudhah Saffiyah... Raudhah Saffiyah menangis. Jadi, umi biarkan puting umi berada didalam mulut Raudhah Saffiyah.

Umi pun bermain2 dengan Raudhah Saffiyah. Berborak2. Memberi susu. Sehingga jam menunjukkan pukul 4.30pagi.

"Abang... bangunlah... Raudhah Saffiyah suruh abang qiam ni... cepat la bangun"

"Jap lagi abang bangun ye...."

Pukul 5 abang pun bangun. Umi tertidur keletihan. Sanga2 mengantuk.

Babah bermain dengan Raudhah Saffiyah sampailah azan berkumandang.

"Raudhah... babah nak ke surau ni... sambung main dengan umi ye"

"Abang... kenapa Raudhah Saffiyah ni tak mahu tidur2? Pelik la sayang... semalaman sayang bagi dia minum susu... dah kenyang pun tak mahu tidur... hem, agaknya dia mintak dibedungkan kot?"

Umi pun bedungkan Raudhah Saffiyah... Raudhah Saffiyah senyap je.. tenung umi dan babah... macam itulah umi lihat perilaku Raudhah Saffiyah.

Lepas bedung, umi letakkan Raudhah Saffiyah disisi umi. Umi baring. Umi nyayikan lagu zikir yang Raudhah Saffiyah sangat suka dengan harapan Raudhah Saffiyah akan tidur.

Umi tertidur.

"Sayang!!! bangun sayang!!! Kenapa dengan Raudhah Saffiyah ni?!! Sayang!! Apa yang berlaku ni?!!"

Umi yang sedang tidur, terkejut mendengar jeritan babah. Jam ditangan umi menunjukkan pukul 7pagi.

"Abang... kenapa ni??!!"

"Sayang tengok la Raudhah ni! Kenapa ada keluar darah dari mulutnya?!! abang ingatkan susu... jadi, abang pun lap laaa!!"

"Abang! jom kita pergi hospital sekarang! Cepat!!!"

Waktu umi angkat Raudhah Saffiyah, badan Raudhah Saffiyah longlai... Tidak seperti biasa. Dalam hati umi hanya mampu berdoa.

Umi sarungkan jubah dan tudung. Stokin tangan dan kaki umi bubuh dalam poket.

Oh ALLAH... haruskah aku menyambung cerita ini... hatiku sebak.....

Petik kangkung

Hari ni umi masak kangkung blackpaper dengan sotong... Babah petikkan kangkung yg menjalar kat tepi rumah.

Projek menanam yg umi nak buat belum lagi terlaksana. Mulanya idea ini tercipta bila umi plan nak ajak Raudhah Saffiyah sekali bercucuk tanam dengan umi waktu petang. Hem...  petang2, boleh la umi menyiram dengan Raudhah Saffiyah. Banyak pokok sayuran yg umi nak tanam... tapi... bila Raudhah Saffiyah dah takde disisi umi; terpaksalah umi pilih hobi lain...

ALLAH, terima kasih atas nikmatMu selama ini. Umi berdoa supaya babah dapat rezeki yg lebih baik dari sekarang. Umi sebenarnya, asyik teringat kat Raudhah Saffiyah. Hampir disetiap penjuru rumah ada kenangan umi bersama Raudhah Saffiyah. Umi tak tahu macam mana nak tenangkan hati umi selain berpindah. Sayang umi, doakan ye supaya babah dapat tempat bekerja yg lebih baik dari sekarang. Umi rindu Raudhah Saffiyah.

Umi tak mahu pindah rumah sebenarnya sebab dirumah itulah semua kenangan umi dengan Raudhah Saffiyah tersimpan. Tapi, dalam masa yang sama umi rasa sedih bila berada dirumah. Umi akan teringatkanmu sayang...

Moga ALLAH takdirkan sesuatu yang lebih baik buat umi dan babah... Moga umi mampu hadapi hari2 mendatang tanpa Raudhah Saffiyah dengan redha sepenuhnya.

Tadi, babah dapat panggilan dari SPACE yang mengatakan surat graduasi babah akan keluar next week. Moga dengan ini, akan jadi satu titik mula untuk babah bertemu dengan pekerjaan di daerah yang lain.



Umi sa....yang Raudhah Saffiyah. Sifatmu seindah perilaku Saffiyah isteri Rasulullah saw.

ALLAH... tabahkan hatiku sentiasa... agar aku dapat bertemu dengan permata hatiku di syurga Mu yang kekal abadi... amin

Wednesday, June 1, 2011

Kemaskini akaun Raudhah Saffiyah

Hari ini, umi dan babah kemaskini akauan Dana Al-Munsif yang babah daftarkan atas nama Raudhah Saffiyah pada 20.5.2011 yang lalu... hem, siapa sangka, 21.5.2011 Raudhah Saffiyah pergi tinggalkan umi & babah untuk selama2nya... apa2pun, umi berdoa moga umi diberi ketabahan yang berpanjangan sampai akhir nafas umi, amin.

Nampaknya, ALLAH telah takdirkan yang rezeki Raudhah Saffiyah selama 52hari di dunia ini turun pada umi... Babah memang dah ada akaun Al Munsif sejak dulu lagi... Jadi, babah delete nama Raudhah Saffiyah dan gantikan nama umi sebagai penama dan pemegang akuan yang pertama... Umi bersyukur...

Terima kasih ALLAH untuk segala2nya...

Babah laburkan kesemua duit yang dihadiahkan dari sahabat handai dan saudara mara Raudhah Saffiyah supaya nanti bila Raudhah Saffiyah besar tiada masalah kalau nak belajar dimana2. Dalam negara mahupun luar negara. Babah kata, pada usia Raudhah Saffiyah 18tahun wang akan berganda menjadi lebih RM500K. Jadi, inshaALLAH, memang takde masalah kalau Raudhah Saffiyah nak belajar diluar negara.

Dari Raudhah Saffiyah dalam perut lagi umi berdoa supaya Raudhah Saffiyah diberikan kemudahan untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam jurusan Perubatan. Seorang doktor yang menghafal al quran...

Kalau Raudhah Saffiyah nak sambung master pun xde masalah inshaALLAH...

Babah memang bijak menguruskan kewangan untuk kita bertiga, moga ALLAH limpahkan rahmatNya buat babah yang selalu sabar dan tabah menjaga umi tanpa Raudhah Saffiyah disisi, amin. Umi tahu, bukan mudah babah menjaga umi emo....

Pegawai BIMB tua kata;
"ya, saya masih ingat lagi encik ada datang ke sini... tak sangka saya... tenang aje saya lihat encik dan puan."

Umi just cakap kat dia yang babah tak bagi umi menangis dan bersedih lama2. Nanti syaitan akan ambil kesempatan atas kelemahan umi ini. Dia hanya mengangguk sahaja.

Umi harap ALLAH akan gantikan kesedihan umi ini dengan kegembiraan yang lebih baik. Umi tahu umi harus belajar bersabar... Belajar untuk terima ketentuan ALLAH ini.

Umi rindu Raudhah Saffiyah si budak teshik yang bijak.
Moga pertemuan kita disana nanti akan meleraikan kerinduan umi ini, amin.



Sekadar catitan hati kecil umi yg sedang merindui Raudhah Saffiyah

Bromocriptine umi dah habis tapi....

Isnin lepas, umi telan pil yg terakhir... dengan harapan tiada lagi pengeluaran susu berlaku.... tapi nampaknya, hari ni, sudah 3 hari berlalu.... stil ada lagi titisan2 air susu yang keluar bila diperah.

Babah nak belikan untuk umi pil lagi... tadi, babah ada cari kat D'apotic BBU tapi tak de...

Hem, petang nanti, babah nak cari pulak kat taman u...




----------------------------

Babah dah carikan kt farmasi... tapi, ahli farmasi tue kata; xperlu makan pil lagi sebab ia adalah fenomena biasa yg berlaku ke atas seorang perempuan yg menyusukan anaknya...
Alhamdulilah, umi lega... umi bimbang kelenjar2 susu dalam payu udara akan menyebabkan penyakit kanser... moga ALLAH menjauhkan umi dan babah dari penyakit2 yg merbahaya... amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥(¯`´•.¸(¯`´•.¸ _________❀✿❀_________ ¸.•´´¯)
>>>>>>>>> ✿°° ❀✿❀ TERIMA KASIH ❀✿❀ °° ✿<<<<<<
♥(_¸.•´´(_¸.•´´ ¯¯¯¯¯¯¯¯¯❀✿❀¯¯¯¯¯¯¯¯¯ `´•.¸_)´´•.¸_)♥.

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪•Datang Lagi Ye.♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪